Aku Baru Masuk Uniten



AKU BARU MASUK UNITEN

UNITEN atau nama panjangnya Universiti Tenaga Nasional merupakan salah satu pusat pengajian yang mendapat nama dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.UNITEN juga merupakan salah satu IPTS yang terbesar di Malaysia dari segi keluasan.Kalau nak tahu lebih lanjut pasal UNITEN bolehlah cari sendiri dekat Internet.

Aku boleh cerita serba sedikit pasal pengalaman aku di UNITEN sebab aku pun belajar sini tak sampai setahun.Pengalaman aku ni setakat nak jadi panduan untuk budak-budak baru nak masuk UNITEN. Apa salahnya kita bersedia sikit kan?

1 Oktober 2016 – tarikh aku mula mendaftar di UNITEN selaku pelajar yang mengambil Foundation In Engineering.Awal-awal pagi aku dan keluarga aku bertolak ke UNITEN sebab takut ramai yang dah sampai untuk daftar macam aku nak daftar dekat UIA PJ dulu.Sekali aku sampai, sikit je yang baru sampai. Kaunter pun belum buka lagi.Aku pun breakfast dulu sebelum mendaftar.Urusan pendaftaran agak simple dan cepat.

Siap daftar,kami terus bergerak ke blok penginapan.Aduhai jauh jugak blok tu dari tempat daftar tadi.Dekat UNITEN ada empat blok penginapan semuanya dan setiap blok dipanggil kelompok : Kelompok Amanah, Cendekiawan, Ilmu dan Murni.Kebiasaannya pelajar yang baru mendaftar akan ditempatkan di Kelompok Cendikiawan selama seminggu untuk orientasi dan selepas seminggu pelajar boleh memilih untuk tinggal di Cendi(nama pendek Cendekiawan) atau tinggal di luar.Dekat Cendi ni yang bagusnya ada lif.Fuhh senang hidup.Kalau takde lif macam mana nak naik tingkat 10 kan?



Kelompok Cendekiawan


Orientasi – Antara benda yang paling aku tak suka.Daftar kat UIA dulu dah kena seminggu, kat UNITEN kena lagi seminggu.Bersabarlah nak.Orientasi ni untuk semua pelajar baru termasuklah Foundation, Diploma, Degree dan TC(transfer credit).Semua pelajar baru akan dibahagi ikut program masing-masing.Masa ni sumpah bosan tapi yang baiknya ada makanan percuma (hidang gaya bufet).Masa ni sesuai nak cari member baru dan kenal satu sama lain.Aktiviti-aktiviti masa orientasi bukan nak kata apa tapi sesuai untuk kanak-kanak Didi & Friends.Jangan lupa bawa powerbank sebab benda tu boleh jadi lifeline korang bila smartphone dah habis bateri dan 'kepishangan' melampau akan menimpa.

Tamat  orientasi bermulalah perjalanan aku sebagai budak Foundation.Pancaroba sedia menanti dalam hidup ini dan semangat kental tanpa sebarang keraguan amat penting dalam melalui liku-liku hidup ini.Nak tahu lebih lanjut nanti  aku sambung cerita ni kat post yang seterusnya. Salam dari UNITEN gedung ilmu yang terbilang.

Sekian.


"Kalau kita tak menyenangkan orang, sekurang-kurangnya janganlah kita menyusahkan orang."
                                                                                                       -penulis- 








Comments